Boleh baca.
Kawan saya,
Berselawatlah untuk kita selalu ingat pada si pemberi ini. Tuhan yang menjadikan kita. Si pencipta mengapa dan si pengolah skrip paling hebat, sujud kepada Dia. Dengan ihsan yang paling kasihan, melutut untuk kata; Tuhanku, akulah insan yang paling hina yang terlalu banyak khilaf untuk pijak dan berada di duniamu. Permudahkanlah setiap jalan yang kau beri. Aku mohon ampun.

Dengan beribu titik air mata yang jatuh atas sejadah, dengan setiap keluh kesah yang kau kisahkan pada Dia, dengan berjuta selawat yang setia, Dia juga tahu erti kasihan dengan dugaan yang Dia beri. Cuma satu, jangan pernah berhenti untuk bercinta dengan Dia, si pencipta kita.


Cc: BSA

Saturday, 12 November 2016

Assalamualaikum.
Yobsaeyooooo :)


Haritu sdh saya kongsikan kisah seorang Aishah dengan Ultraman. Sekarang, ingin saya kongsikan trip, *trip lah sangat* saya bersama kawan-kawan saya yang merupakan anak-anak kelahiran Sabah. Kami sudah sepakat dan sependapat untuk ke Cameron Highlands cuti mid-sem yang lalu. Yalah, kami anak-anak Sabah ni tidak dapat pulang ke negeri kami atas faktor-faktor tertentu dan mereputlah kami di kolej dan dalam bilik masing-masing. Tapi sebab kami tahu yang kami akan reput, kami pun pergi la Cameron Highlands. Sedikit sakai di situ.


Saya pergi ke sana bersama kawan perempuan seorang dan kawan lelaki 2 orang. Kawan-kawan yang cantik dan ensem tu ialah Nia, Kiong & Sam. Kami pergi ke Cameron menggunakan kereta abang kepada Kiong. So, here we gooooooooooo~


Dari depan : Kiong, Sam, Aishah Sebenar & Nia.









Seperti yang dijangkan, di sana CH ada udara yang super segar & sama segarnya seperti di Kundasang, Sabah. Terdapat beberapa tempat-tempat menarik yang kami telah pergi. Antaranya Cameron Valley, Rose Center@Kea Farm, Strawberry Farm, Bee Farm, Lata Iskandar Waterfall dan Cactus Valley. Tidak dinafikan bahawa tempat-tempat yang kami pergi mempunyai keistimewaan masing-masing namun sebagai seorang pelajar dan bakal pendidik suatu hari nanti, tidak salah sekiranya kami sebagai anak perantau membuat perbandingan tentang Cameran Highlands & Kundasang. Kedua-dua tempat ini merupakan kawasan pelancongan yang terkenal namun kami berpendapat bahawa kedudukan Kundasang ataupun tempat menarik yang boleh dilawati oleh pengunjung atau pelancong adalah lebih strategik, teratur dan menumpu di kawasan yang berdekatan.
Kita tahu bahawa Cameron Highlands sinonim dengan buah strawberry. Tetapi sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku di sana....


Perjalanan selama lebih kurang 2 hingga 3 jam ke sana (pandu cermat jiwa selamat), membuatkan kami berempat lapar disebabkan tidak bersarapan pagi. Tiba di sana, kami pun mencari gerai makan. Yang peliknya sudah pukul 11.45 pagi, kedai makan sama ada gerai ataupun restoran masih belum buka. Tik tok tik tok, jam di dinding terus berdetakkkk, perut pun bergendang. Jalan-jalan cari makan kami pun menemui destinasi yang ingin dituju. Gerai makan!!!! Nasi ayam!! Kami pun order la nasi ayam sebab hanya itu menunya. Tiba-tiba...... yang datang nasi ayam. Yalah takkan nasi itik pula. Tapi peliknya sambal kpd nasi ayam tadi ialah "sambal strawberry". Mungkin kami yg tidak tahu memang begitu masakannya atauuu?!?!?!?!? Tapi lapar kan, telan seja la. *Lupa snap gambar nasik ayam"



Nah gambar...

Cameron Valley, yaww!

w Nia at Rose Center
Ooppsss! *malu*
Sandakanians
My Cactus
Bee Farm

Bunga Ros berbau belacan hahahahaha
Cactus Valley
3 Anak Sandakan





Air Terjun Lata Iskandar








That's all tq :)






7 comments:

  1. wah pergi Cameron tak bagi strawberry pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya beli strawberry dengan pokok nya sekali

      Delete
  2. Perkongsian yang sangat menarik. 😊

    ReplyDelete
  3. Bestnya pergi Cameron!! Dah lama tak pergi :')

    ReplyDelete
  4. Wah!!!!!! Cantik-cantik tempatnya.... bolehla saya mau pergi nanti... terimas atas perkongsiaannya

    ReplyDelete